Wanita Iraq lahirkan kembar tujuh

Baghdad: Seorang wanita 25 tahun menjadi perhatian dan tajuk utama berita di Iraq selepas melahirkan anak kembar tujuh yang semuanya hidup, kembar tujuh pertama dalam sejarah negara itu dan kedua di dunia.

Menurut laporan Al Jazeera, wanita yang tidak dinyatakan nama itu melahirkan enam bayi perempuan dan seorang bayi lelaki di Hospital al-Batoul in wilayah Diyala, timur Iraq, awal minggu ini.

Dalam kenyataan kepada media, jurucakap jabatan kesihatan tempatan, Firas Al Izzawi, berkata wanita itu melahirkan semua bayi terbabit secara normal dan keadaannya kini dalam keadaan baik.

Mirror yang memetik media tempatan melaporkan, Izzawi berkata, semua bayi terbabit berada dalam keadaan sihat dan sempurna selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

Media negara itu menyiarkan gambar bayi terbabit yang diraikan di seluruh negara. – Agensi

Empat daripada bayi kembar tujuh yang dilahirkan wanita iraq di wilayah Diyala, timur Iraq. Foto Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *