Kuasa tular selamatkan empat beradik

empar beradik menetap di rumah terbiar bersama nenek mereka di Batu 7, Sandakan . – Foto Ihsan Pembaca

EMPAT beradik yang mendiami sebuah rumah terbiar berhampiran stesen minyak di Taman Rimba, Batu 7, Sandakan, diselamatkan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah.

Empat beradik berusia sembilan hingga 14 tahun dipercayai tinggal di rumah itu bersama nenek mereka sejak dua bulan lalu.

Bagaimanapun, nasib mereka cuma diketahui selepas gambar mereka yang hidup daif tersebar menerusi laman sosial sejak malam tadi.

Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Sandakan, Liew Chan Hang berkata, pihaknya bersama JPKA melawat empat beradik itu selepas mendapat laporan dan mendapati mereka adalah warga tempatan tetapi berdepan masalah keluarga.

Katanya, pemimpin pembangunan masyarakat di Gum-Gum bersetuju menumpangkan rumah pekerja di Kampung Desa Wawasan, Batu 19, kepada keluarga berkenaan.

“Hasil lawatan juga, JPKA akan memberi bantuan sepatutnya kepada keluarga terbabit dan memastikan kanak-kanak ini dapat ke sekolah semula.

“Mereka dipindahkan hari ini. Kita harap dengan bantuan ini mereka dapat menjalani kehidupan lebih baik seperti orang lain,” katanya. – Harian Metro

empar beradik menetap di rumah terbiar bersama nenek mereka di Batu 7, Sandakan . – Foto Ihsan Pembaca
empar beradik menetap di rumah terbiar bersama nenek mereka di Batu 7, Sandakan . – Foto Ihsan Pembaca
empar beradik menetap di rumah terbiar bersama nenek mereka di Batu 7, Sandakan . – Foto Ihsan Pembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *