Empat beradik hangus terbakar

Kebakaran yang berpunca daripada letupan gas meragut nyawa empat beradik. – Foto Agensi

STAFFORDSHIRE: Empat kanak-kanak maut dalam satu kebakaran yang berpunca daripada letupan gas di Sycamore Lane, kawasan perumahan ladang di Highfields Stafford, pagi tadi.

DailyMail melaporkan, kebakaran yang berlaku di sebuah unit rumah teres mengorbankan empat adik-beradik iaitu Riley Holt, lapan; Keegan Unitt, enam; Olly Unitt, tiga; dan Tilly Rose Unitt, empat tahun.

Ibu kesemua mangsa, Natalie Unitt, 24, bapa Chris Moulton, 28, dan adik bongsu Jack, dua tahun, mengalami kecederaan ringan dan dijangka pulih selepas tersedut asap kebakaran.

JIRAN-jiran dan orang ramai memberi ucapan takziah kepada keluarga mangsa. -Foto Agensi

Menurut saksi, Natalie berjaya menyelamatkan diri daripada kebakaran dan mengetuk pintu jiran untuk meminta bantuan, manakala bapa kanak-kanak itu dilihat melompat dari tingkap sambil mendukung anak kecil mereka.

Jiran yang menyaksikan kebakaran itu, berkata kebakaran dilihat bermula di salah sebuah bilik tidur belakang yang menempatkan kanak-kanak berkenaan sebelum ia merebak ke seluruh rumah.

“Terdapat beberapa letupan kecil, yang kedengaran seperti bunga api. Api menjadi marak pada satu ketika, memaksa mereka keluar dari bumbung.”

Jurucakap Polis Staffordshire berkata: “Pada jam 2:40 pagi (waktu tempatan), pegawai polis, bomba dan ambulans cuba memadam kebakaran serius di sebuah rumah di kawasan Highfields di Stafford.

“Selepas melakukan pencarian, kami mengesahkan empat kanak-kanak itu maut di tempat kejadian,” katanya. – Agensi

“Selepas melakukan pencarian, kami mengesahkan empat kanak-kanak itu maut di tempat kejadian,” katanya.- Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *