Pendaki cedera diusung turun dari puncak Gunung Kinabalu

ANGGOTA bomba menyelamatkan wanita yang cedera akibat tergelincir di puncak Kilometer 8, Gunung Kinabalu. – Foto ihsan bomba

KOTA KINABALU – Seorang pendaki terpaksa diusung turun dari puncak Gunung Kinabalu selepas tergelincir dan mengalami kecederaan di kaki ketika berada di puncak gunung berkenaan pagi tadi.

Dorothy Junie John Nuing, 42, dibawa turun menggunakan pengusung oleh pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar) dan anggota bomba dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, balai bomba Ranau menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.10 pagi.

“Dua anggota bersama lima anggota Mosar telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi tamat pukul 3.40 petang tadi,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu anggota penyelamat mengangkat mangsa dengan dua kaedah iaitu “piggy back carry” hingga ke Rockface, sebelum mengusung mangsa menggunakan kaedah “robinson stretcher”  sehingga ke Timpohon Gate. – Bernama

Pasukan MOSAR ketika bawa turun seorang doktor perempuan yang cedera ketika mendaki Gunung Kinabalu di Kundasang Sabah. Foto oleh Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *