Budak 7 tahun ditanam hidup-hidup

Ethan ditendang, ditumbuk dan dipaksa jalani hukuman berat setiap hari. FOTO Daily Mail

Pasangan dari Wisconsin bersama anak lelaki mereka ditangkap berhubung dengan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di bawah jagaan mereka.

Daily Mail melaporkan,Timothy dan Tina Hauschultz bersama anak lelaki mereka berusia 15 tahun didakwa mendera Ethan kerana tidak menghafal ayat-ayat dalam Bible dengan menyuruhnya memegang kayu balak seberat 19.9 kilogram selama dua jam, setiap hari selama seminggu, menurut Newsweek.

Kanak-kanak itu dipantau semasa menjalani hukuman dan dipercayai remaja itu menendang dan menumbuk Ethan sekurang-kurangnya 100 kali, menggolekkan kayu balak ke atas dadanya dan berdiri di atas kepala dan badan Ethan ketika kanak-kanak malang itu direndam dalam air.

Fox melaporkan, Ethan turut dikebumikan di dalam ‘keranda kecil salji’.

Pada April 2018, Ethan dilaporkan meninggal dunia dan hasil pemeriksa perubatan mendapati dia meninggal dunia akibat hipotermia dan trauma dipukul di kepala, perut, dada dan tulang rusuknya patah.

TIMOTHY, Tina dan anak mereka Damian, 15, didakwa atas pembunuhan Ethan. FOTO The Manitowoc Sheriff’s Office

Tidak diketahui apakah hubungan antara Hauschultz dengan Ethan, tetapi Timothy dan Tina dilantik mahkamah sebagai penjaga bersama dua saudara kandung termasuk kembarnya.

Anak remaja Hauschultz didakwa dengan pembunuhan beramai-ramai pertama, manakala bapanya, Timothy, 48, didakwa membunuh dengan niat jahat.

Si ibu, Tina, 35, didakwa gagal mencegah kecederaan ke atas tubuh Ethan dan sengaja menyumbang kepada penderaan ke atas kanak-kanak itu.

Remaja itu memberitahu polis bahawa dia bertanggungjawab mengawasi Ethan dan kembarnya, yang kedua-duanya dihukum dengan membawa kayu balak selepas gagal membaca 13 ayat Bible yang dipilih Timothy.

“Mereka berusaha memulihkannya selama lima jam, memberinya CPR sepanjang masa, tetapi masih tiada denyutan dan tiada aktiviti pada otak.

“Saya mahu keadilan untuk anak saya, dan mereka yang bertanggungjawab seharusnya dipenjarakan untuk jangka masa lama,” kata ibu kandung Ethan, Andrea Everett, selepas kematian anak lelakinya pada bulan April tahun lalu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *