“Menyesal Tak Sudah” Polis Berjaya Menangkap Seorang Wanita Miliki Dadah Jenis Syabu

Gambar Facebook Polis Daerah Tawau

TAWAU, 04 Februari 2019 – “Menyesal tak sudah” istilah buat seorang wanita yang berjaya ditangkap kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 50.60 gram di rumahnya di kawasan Kampung Melati Burut Bombalai, awal pagi tadi oleh sepasukan Polis yang diketuai oleh Pegawai Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau bersama anggota polis Balai Bombalai dan PPK Merotai/Brumas.

Menyedari kehadiran pihak Polis, suspek telah membuang sesuatu ke bilik tandas dan cuba melarikan diri namun berjaya ditahan setelah berlaku sedikit pergelutan.

Pemeriksaan lanjut telah dibuat dan menjumpai satu beg silang berwarna coklat dan berisi 3 paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu yang telah disembunyikan di bilik tandas rumah tersebut.

Suspek bersama rampasan telah dibawa ke Balai Polis untuk siasatan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah dan jenayah boleh menyalurkan maklumat seperti berikut.

Gambar Facebook Polis Daerah Tawau
Gambar Facebook Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *