Hilang selepas berhabis duit langgan web

Lu (baju putih) bergambar bersama keluarganya. FOTO SCMP

BEIJING: Seorang pemuda menghilangkan diri selepas menghabiskan wang berjumlah 1.7 juta yuan (RM1 juta) milik ibu bapanya untuk melanggan sebuah laman web hiburan siaran langsung yang memaparkan wanita cantik berpakaian seksi.

Pemuda dikenali sebagai nama Liu itu hilang dari rumahnya di Changsha, ibu kota tengah wilayah Hunan pada akhir Disember lalu, lapor Red Star News.

South China Morning Post melaporkan, Liu gagal dikesan keluarganya namun berdasarkan rekod perjalanan, bank dan media sosial menunjukkan dia mungkin berada di Shenzen.

Menurut bapanya, sebelum menghilangkan diri Liu didapati menghabiskan wang sebanyak 1.7 juta yuan bagi melanggan laman web siaran langsung dikenali sebagai YY.

“Liu seorang anak yang baik dan dia mungkin dipaksa seseorang menyebabkannya menghilangkan diri,” katanya.

Media tempatan melaporkan, pemuda itu membelanjakan 12,000 yuan (RM7,287) sebulan sebagai yuran langganan laman web itu yang menyediakan kelebihan istimewa sebagai penonton. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *