83 notis saman dikeluarkan dalam Op Selamat

KOTA KINABALU, 3 Feb – Sebanyak 83 notis saman dikeluarkan kepada pemandu dan kenderaan atas pelbagai kesalahan dalam operasi bas ekspres sempena Op Selamat ke-14  yang dijalankan di Jalan Tuaran, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik kontinjen Sabah DSP Parum Niot berkata saman itu dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 146 kenderaan termasuk 27 bas ekspres.

“Kesalahan melibatkan lampu brek ketiga merekodkan notis saman yang paling banyak dikeluarkan iaitu sebanyak 35 notis,” katanya kepada pemberita selepas operasi yang berlangsung selama lebih dua jam bermula pada 7.30 malam. 

Parum berkata sebanyak 33 notis saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan dan lima notis melibatkan lesen memandu.

Beliau berkata 11 notis saman turut dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) termasuk lima notis  kenderaan yang diarah untuk diperiksa.

“Ujian urin juga turut dijalankan terhadap pemandu bas pertama dan kedua, bagaimanapun keputusan urin mereka negatif,” katanya.

— BERNAMA

FOTO BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *