Qatar juara Piala Asia 2019

Qatar muncul juara Piala Asia selepas menewaskan Jepun 3-1. – Foto Reuters

ABU DHABI: Qatar muncul juara Piala Asia buat pertama kali selepas menewaskan Jepun 3-1 di Stadium Zayed Sports City sebentar tadi.

Penyerang Qatar Almoez Ali membuka jaringan sepakan gunting pada minit ke-12 untuk gol kesembilannya di kejohanan kali ini, mengatasi rekod Ali Daei dari Iran yang menjaringkan lapan gol pada edisi 1996.

Abdulaziz Hatem menambah jaringan pada minit ke-27 untuk meletakkan Qatar selesa di depan pada babak pertama sebelum Takumi Minamino merapatkan jurang pada minit ke-69.

Qatar bagaimanapun mengesahkan kejuaraan menerusi Akram Afif yang menyempurnakan sepakan penalti tujuh minit sebelum tamat permainan.

Qatar tidak pernah mara melebihi peringkat suku akhir Piala Asia sebelum ini, tetapi menjaringkan 16 gol tanpa balas dalam laluan ke final tahun ini dan mencatat rekod enam kemenangan bersih.

Sementara itu Jepun, juara empat kali, tidak pernah tewas sepanjang aksi final sejak tahun 2011. – REUTERS

Skuad Qatar meraikan kemenangan menjuarai Piala Asia di Abu Dhabi. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *