Polis Kota Kinabalu tahan 59 individu bersabit dadah

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji

KOTA KINABALU, 2 Feb – Polis Kota Kinabalu menahan 59 individu atas pelbagai kesalahan bersabit dadah dalam operasi di sekitar Telipok dan Sembulan  dalam tempoh seminggu bermula 26 Jan lalu.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata suspek berusia 17 hingga 55 tahun terbabit turut merangkumi 29 warga asing.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 16 individu memiliki dadah dan 43 lagi didapati positif dadah selepas ujian urin dijalankan,” katanya.

Menurutnya polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM3,250.

Beliau berkata pihaknya akan terus menjalankan operasi bagi membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di bandar raya ini.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *