Polis Semporna tahan wanita menyamar polis pangkat DSP

FOTO BERNAMA

SEMPORNA, 1 Feb – Tindakan seorang wanita menyamar sebagai Timbalan Penguasa Polis (DSP) yang kononnya bertugas di cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka membawa padah apabila beliau ditahan di sebuah hotel di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Peter Ak Umbuas berkata wanita berusia 43 tahun yang tidak bekerja dan berasal dari Sarawak itu ditahan pada 11.40 pagi selepas mengaku menyamar sebagai pegawai kanan polis.

“Beberapa bulan lalu, polis Semporna menerima maklumat seorang wanita menyamar sebagai pegawai kanan polis namun ketika itu tiada laporan dibuat mengenai suspek dan kita tidak dapat mengenal pasti identiti suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

???????Susulan tangkapan itu, Peter berkata pihaknya turut menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah bilik hotel dan menemukan sepasang uniform polis lengkap berpangkat DSP yang tertera nama SAN, sepasang kasut polis, sekeping buku trengkas Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman serta dua keping resit perniagaan serta sekeping resit penginapan hotel.???

“Polis masih menyiasat motif wanita ini menyamar sebagai anggota keselamatan dan penjawat awam,” katanya.

Dalam kes berasingan, Peter berkata pihaknya menyelesaikan enam kes pecah rumah dengan tertangkapnya tujuh lelaki di lokasi berbeza di daerah ini pada awal minggu ini.

“Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Balembang Haji Jamal, Pulau Bum Bum dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah pada 12 Jan.?

“Suspek yang dipercayai masuk sebuah rumah di Kampung Labusai, Pulau Bum Bum melalui pintu hadapan dengan mengumpil kunci mangga dan mencuri pelbagai jenis barang,” katanya.

Menurut Peter penahanan suspek itu, turut membawa kepada rampasan dua unit televisyen, set radio, VCD player, dua speaker, serta mesin parut kelapa dan ketuhar.

Sementara itu, katanya enam lagi suspek pecah rumah berumur antara 20 hingga 45 tahun ditahan sekitar pekan Semporna membabitkan kes pecah masuk di Kampung Perigi di sini pada tahun lalu.???????

“Tiga daripada enam suspek tidak memiliki dokumen diri yang sah dan akan turut disiasat di bawah Akta Imigresen,” katanya dan kesemua suspek turut dipercayai terlibat dengan beberapa kes pecah rumah lain di Semporna.

— BERNAMA

FOTO FACEBOOK BES TAWAUfm
FOTO FACEBOOK BES TAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *