Datuk mabuk sumbat cucu dalam ketuhar

Victoria bersama anaknya Maxim Sagalakov.

MOSCOW: Luluh hati seorang ibu apabila melihat mayat bayinya rentung dibakar dalam ketuhar selepas disumbat oleh datuknya yang mabuk dalam kejadian di daerah Khakassia, Russia pada Selasa lalu.

Ibu malang itu, Viktoria Sagalakov, 20, meninggalkan bayinya yang berusia 11 bulan, Maxim Sagalakov untuk dijaga oleh kedua ibu bapanya di rumah keluarga itu di kampung Kharoy.

“Datuk dan nenek mangsa dipercayai mabuk dan membunuh bayi itu,” kata Jawatankuasa Penyiasatan wilayah dalam satu kenyataannya.

KETUHAR yang digunakan datuk mangsa. -Foto East2west News

Pihak berkuasa berkata, dua suspek berusia 47 dan 42 tahun itu kemudiannya ditahan dan kes itu siasat sebagai pembunuhan sengaja terhadap kanak-kanak.

Sementara itu, ibu mangsa meninggalkan mesej penuh emosi di media sosial.

“Bersemadilah dengan tenang, anak ku. Anak ku, kesakitan ini tidak akan hilang walaupun untuk seminit,” tulisnya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *