Sabah Bakal Terima Kedatangan Pelancong Cina, Korea Tertinggi Pada Tahun Baru Cina

Christina (tengah) dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Assaffal Alian (empat kiri) bersama-sama menyempurnakan Yee Sang daripada Le Meredien. Gambar SNT/Ehsan Kepkas

KOTA KINABALU: Sabah bakal menerima kedatangan pelancong dari China dan Korea yang tinggi sempena perayaan Tahun Baru Cina ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata berdasarkan maklumat yang diterima, kebanyakan hotel-hotel terkemuka sekitar bandaraya menerima hampir kadar tempahan sehingga 90 peratus atau lebih pada perayaan tersebut.

Christina (empat kiri) dan Assaffal (tiga kiri) menerima cendera hati daripada Dewa Kekayaan pada kunjungan tersebut. Gambar SNT/Ehsan Kepkas

“Menurut Pengurus Besar Hotel Le Meridien Rachael Harman dan Promenade Wong Fook Loi @ Hafizan, tempahan bilik telah diterima dan memperlihatkan bahawa Sabah bakal menerima pelancong dari China dan Korea.

“Dan jumlah kedatangan pelandong dari kedua-dua negara tersebut adalah lebih tinggi daripada negara-negara lain,” katanya ketika menerima kunjungan Tahun Baru Cina daripada Hotel Le Meridien dan Promenade di pejabat Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (Kepkas) pada Rabu. -SabahNewsToday

Berita Asal : https://www.sabahnewstoday.com/sabah-bakal-terima-kedatangan-pelancong-cina-korea-tertinggi-pada-tahun-baru-cina/?fbclid=IwAR3iMIxB1YtuADCjN3ZBCrQ3wNkd-7clybVQ-EhzCjX2xz8dFxWdgBkmSeo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *