PPM Semporna Gagalkan Cubaan Seludup Hasil Laut Ke Negara Jiran

FOTO IHSAN PPM SEMPORNA

SEMPORNA, 28 Januari 2019 (Isnin) – Operasi Op Gelora yang dilaksanakan oleh botronda PSC 9 Pasukan Polis Marin Semporna di kawasan utara Pulau Pom-Pom lebih kurang dua batu nautika daripada sempadan antarabangsa telah mengesan sebuah perahu yang menghala ke perairan Filipina pada jam lebih kurang 1.50 petang kelmarin.

ACP Hj Mohamad Bin Ali, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah berkata, ‘perahu tersebut membawa barang ke negara jiran tanpa kebenaran pihak berkuasa yang diakui sendiri oleh juragannya’.

Hasil pemeriksaan ke atas perahu tersebut telah menjumpai sebanyak 1,200 kilogram rumpai laut kering dan 5,000 kilogram ikan kering (ikan todak). Turut ditahan seorang lelaki tempatan berumur 48 tahun dan merampas sebuah perahu serta enjin sangkut jenama Yamaha 33 hp. Jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM 45,100.00.

Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985. – Pasukan Polis Marin W4 Sabah

FOTO IHSAN PPM SEMPORNA
FOTO IHSAN PPM SEMPORNA
FOTO IHSAN PPM SEMPORNA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *