PPM Kudat Tahan Bot Beroperasi Tanpa Lesen

Foto Ihsan Pasukan Polis Marin

KUDAT, 28 Januari 2018 (Isnin) Operasi Op Gelora yang dilaksanakan Pasukan Polis Marin Kudat di laut Pelabuhan dan perairan Landung Ayang berjaya mengesan kesalahan menggunakan bot tanpa lesen pada jam 8 hingga 11.30 pagi kelmarin.

ACP Hj Mohamad Pajeri Bin Ali, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah dalam satu kenyataan berkata, ‘kesalahan tersebut dikesan apabila Pasukan Polis Marin membuat pemeriksaan ke atas dua buah bot berkenaan dan mendapati telah melanggar peraturan iaitu beroperasi tanpa lesen yang sah.

Turut ditahan sebuah bot _fiberglass_ , enjin sangkut 15 hp, sebuah bot pam dan enjin pam jenama Lonceng 15hp beserta _propeller stell_ . Jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM16,345.00.

Kesemua rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat dan kes disiasat dibawah Seksyen 8(1) & (2) Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah. – Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Foto Ihsan Pasukan Polis Marin
Foto Ihsan Pasukan Polis Marin
Foto Ihsan Pasukan Polis Marin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *