Lelaki gila campak budak perempuan dari tingkat 3

Rakaman (CCTV) menunjukkan Li (dalam bulatan) hilang pertimbangan di sebuah pusat beli-belah.- FOTO Agensi

BEIJING: Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa tekanan emosi seorang lelaki tidak dikenali apabila dia dicampak dari tingkat tiga pusat beli-belah sebelum suspek terjun cuba membunuh diri.

South China Morning Post melaporkan, kejadian berlaku pada tengah hari Sabtu lalu di bandar Foshan, wilayah Guangdong, China, kata polis.

Sebelum kejadian, kanak-kanak itu dikatakan baru saja keluar dari tandas pusat beli-belah berkenaan sebelum ditarik suspek dikenali sebagai Li yang berusia 36 tahun.

Lelaki terbabit dipercayai mengalami tekanan emosi akibat masalah hutang hingga hilang pertimbangan dan melakukan perbuatan gila terbabit.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka bernasib baik apabila terselamat dalam kejadian yang berjaya dirakam menerusi kamera pengawasan di kompleks terbabit.

Akibat kejadian itu, mangsa cedera di bahagian kepala dan punggung manakala suspek pula patah beberapa tulang.

Polis yang masih menyiasat kes terbabit memberitahu suspek ditahan kerana disyaki sengaja melakukan pembunuhan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *