Bunuh, kerat teman lelaki dalam karavan

Penny Pospisil (kiri) dipercayai membunuh teman lelakinya dalam karavan (kanan)

TALLAHASSEE: Alangkah malangnya apabila seorang lelaki berusia 55 tahun dibunuh dan dikerat teman wanitanya sendiri sebelum dibiar mereput dalam van yang mereka diami.

Anthony Mitchell, 55, yang dikerat kekasihnya, Penny Pospisil, 47, ditemui dalam karavan di taman treler di Florida, Amerika Syarikat oleh pegawai polis dari Jabatan Polis Melbourne yang ingin menuntut bayaran yuran taman dari wanita itu.

Daily Mirror melaporkan, penyewa karavan lain mula berasa curiga apabila terhidu bau busuk yang datang dari kenderaan Mitchell.

Berdasarkan rekod polis, pegawai bertugas menemui mayat yang hampir mereput.

“Polis percaya Pospisil membunuh Mitchell di Sumter County sebelum mengerat tubuh lelaki itu dan meninggalkannya di Melbourne.

“Penyiasat mengenal pasti kematian Mitchell akibat dipukul dengan benda tumpul di kepalanya,” katanya menerusi satu kenyataan.

Pospisil menghadapi tuduhan membunuh dan penganiayaan ke atas mayat, dan kini ditahan di Kompleks Tahanan Brevard County. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *