Belia Sabah digesa teroka peluang dalam akuaponik, hidroponik – Wong

Gambar Facebook Junz Wong

SANDAKAN, 27 Jan – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah akan menyediakan sejumlah dana untuk menggalakkan golongan belia meneroka pertanian akuaponik dan hidroponik melalui program akuakultur di bawah kementerian itu.

Menteri berkenaan, Datuk Junz Wong berkata peruntukan tersebut bertujuan mendorong golongan belia, terutamanya di kawasan luar bandar, mempelajari teknologi akuaponik hijau, termasuk menternak udang karang air tawar secara lebih mendalam, bagi membolehkan mereka meraih pendapatan lebih tinggi.

“Ini, terutama ketika harga komoditi seperti getah dan kelapa sawit rendah, akan membantu pekebun luar bandar mendapatkan lebih pendapatan,” katanya selepas merasmikan kursus udang karang air tawar dan tanaman akuaponik di sini, hari ini.

Wong berkata untuk memajukan lagi pembiakan udang karang air tawar dalam sistem akuaponik, sokongan mampan perlu disediakan seperti kajian pasaran selain penyelidikan dan pembangunan.

“Kadar kelangsungan hidup lebih tinggi, rintangan penyakit dan permintaan pasaran yang banyak adalah faktor penentu setelah pemilihan spesies udang karang yang akan dibiakkan dijalankan,” katanya.

— BERNAMA

Gambar Facebook Junz Wong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *