Banjir: semua pusat pemindahan sementara di Kota Marudu ditutup

Mangsa banjir di daerah Kota Marudu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing

KOTA KINABALU, 28 Jan – Mangsa banjir di daerah Kota Marudu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila kesemua 10 pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan di sini berkata hanya lima PPS di dua daerah yang masih dibuka setakat tengah hari.

Daerah Paitan masih kekal 124 mangsa daripada 30 keluarga di tiga PPS manakala di Pitas, jumlah mangsa juga kekal seramai 27 mangsa daripada lapan keluarga di dua PPS.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *