Lima Mangsa Kemalangan Cedera Kenderaan Masuk gaung

Keadaan kenderaan pacuan empat roda jenis Navara yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 16 Jalan Ranau – Tambunan. – Gambar Ehsan JBPM

TAMBUNAN: Empat wanita adalah antara lima mangsa yang cedera selepas kenderaan jenis Navara dinaiki mereka terbabas lalu masuk ke gaung sedalam 30 meter di Kilometer 16 Jalan Ranau – Tambunan pagi tadi.

Kesemua mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum di hantar ke Hospital Tambunan untuk rawatan lanjut.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mereka yang cedera ialah Lawrance Wong, 57, yang juga pemandu kenderaan itu.

“Tiga mangsa iaitu Noraslin Azman, Jessica Cham Charcle dan Jezmyint Kimberly berumur 16 tahun manakala seorang lagi iaitu Dora Pongod, 52,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Sabah menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 11.73 pagi dan bergegas ke lokasi dengan kekuatan lapan anggota diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) Ranizan Samirin.

Sejurus tiba di tempat kejadian pasukan bomba membuat pemeriksaan termasuk memastikan tiada unsur berbahaya lain di lokasi itu.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 1 petang. – SabahNewsToday

Artikel Asal : https://www.sabahnewstoday.com/lima-mangsa-kemalangan-cedera-kenderaan-masuk-gaung/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *