Dua Cedera Melibatkan Tiga Kenderaan Dalam Kemalangan Di Tawau

Gambar Facebook BESTAWAUfm

TAWAU – 26 JANUARI 2019 (Sabtu) – Pemandu cedera ringan dan mengalami luka kecil pada mulut serta badan selepas Motokar yang dipandu merempuh sebuah kenderaan lain di Jalan Chong Thien Vun menghala keluar ke Bulatan Kabota Tawau, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.58 malam itu, kesemua kenderaan melalui Jalan CTV dari arah sebuah Pasaraya menuju ke bulatan Kabota.

Katanya, Motokar yang dipandu lelaki 31 tahun yang berada di kedudukan belakang hilang kawalan pemanduan lalu melanggar motokar yang berada dihadapannya.

Menurut ACP Fadil, perlanggaran itu menyebabkan kedua-dua motokar berkenaan terpusing dan terbabas kebahu kiri jalan sebelum melanggar tiang besi penghadang jalan dibahu kiri jalan.

Pada masa yang sama, sebuah jip yang berada dibelakang turut dilanggar oleh motokar tersebut.

Beliau berkata, Pemandu motokar yang berusia 53 tahun mengalami kecederaan ringan telah dibawa ke hospital Tawau untuk rawatan dan Kes disiasat dibawah Rule 10 LN 166/59.

Sumber : Facebook Pages BESTAWAUfm

Gambar Facebook BESTAWAUfm
Gambar Facebook BESTAWAUfm
Gambar Facebook BESTAWAUfm
Gambar Facebook BESTAWAUfm
Gambar Facebook BESTAWAUfm
Gambar Facebook BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *