Warga emas meninggal dunia ketika mengaji al-Quran

Abd Muhlis meninggal dunia ketika sedang menunggu waktu solat jumaat di Masjid Bandar di sini pagi tadi. FOTO Facebook Pages MyTawau

TAWAU – Seorang warga emas meninggal dunia ketika sedang menunggu waktu solat Jumaat di Masjid Bandar di sini pagi kelmarin.

Abd Muhlis Daris, 68, dari Kampung Tanjung Batu Keramat Laut itu difahamkan sedang mengaji al-Quran sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus dalam satu kenyataan malam ini berkata, orang awam yang sedar kejadian itu menghubung Hospital Tawau untuk bantuan segera.

“Anggota paramedik yang tiba di masjid tersebut melakukan pemeriksaan terhadap warga emas ini sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, Abd Muhlis mempunyai penyakit darah tinggi dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah. – Bernama

Abd Muhlis meninggal dunia ketika sedang menunggu waktu solat jumaat di Masjid Bandar di sini pagi tadi. FOTO Facebook Pages MyTawau
Abd Muhlis meninggal dunia ketika sedang menunggu waktu solat jumaat di Masjid Bandar di sini pagi tadi. FOTO Facebook Pages MyTawau
Abd Muhlis meninggal dunia ketika sedang menunggu waktu solat jumaat di Masjid Bandar di sini pagi tadi. FOTO Facebook Pages MyTawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *