Terpanggang ular dalam pembakar roti

Ular yang terperangkap dalam pembakar roti. – FOTO Agensi

BRISBANE: Seorang wanita trauma apabila mendapati bau daging hangit ketika membuat sarapan pada Ahad lalu sebenarnya seekor ular yang dimasak hidup-hidup selepas reptilia itu masuk ke dalam pembakar rotinya.

Salleena Davis, 24, yang memang takut melihat ular berkata, dia sedang memanaskan mufin dalam pembakar roti itu apabila terdengar bunyi berdesir seperti daging masak, dan menjerit apabila mendapati seekor ular sedang dimasak hidup-hidup.

“Saya terdengar bunyi itu selepas 10 saat menyalakan alat pembakar berkenaan dan menganggapnya pelik kerana memasak mufin tidak sepatutnya begitu. Alangkah terkejut apabila menjenguk ke dalam dan melihat seekor ular bergerak-gerak di dalamnya.

“Saya menjerit sekuat hati dan pasangan saya terus datang membantu, namun ketika itu bekalan elektrik rumah terus terpadam dan asap memenuhi dapur.

“Kasihan ular itu, walaupun takut saya tidak sampai hati melihatnya terseksa. Kami melepaskannya di luar dan dilihat bergerak kemudian,” katanya.

Menurutnya, dia tidak sanggup lagi menggunakan alat pembakar itu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *