Tak bayar gaji punya pasal

Seorang buruh bertindak merempuh lori utama hotel selepas beliau tidak dibayar gaji. FOTO Agensi

LONDON: Berang tidak dibayar gaji £600 (RM3,200), seorang buruh merempuh premis hotel dibinanya menggunakan jengkaut seberat 2.5 tan menyebabkan kerosakan teruk terhadap kawasan lobi utama bangunan berkenaan dengan kejadian dirakam dan tersebar di media sosial.

Dalam rakaman itu, jengkaut berkenaan dilihat menaiki anak tangga ke lobi utama hotel dan merempuh pintu masuk sebelum mengundur keluar manakala pemandunya turun lalu beredar dari situ.

Pada masa sama beberapa buruh lain didengar bersorak dan mengambil video, namun ada juga yang cuba menghalangnya, lapor Daily Mail.

Kejadian berlaku sekitar jam 3 petang Isnin lalu di Liverpool Innovation Park, dengan pemandu yang cuma dikenali sebagai John marah kerana tidak dibayar pada Jumaat lalu seperti dijanjikan. Bagaimanapun, rakannya berkata, ia disebabkan masalah komputer dan wang itu sebenarnya sudah masuk ketika John ‘mengamuk.’

Susulan itu, laman Go Fund Me diwujudkan untuk mengumpul wang gaji £600 sepatutnya dibayar kepada John. Jumlah kutipan menjangkau £5,000 (RM27,000).- Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *