Lelaki Pengsan Dalam Viva, Dikeluarkan Orang Awam

Mangsa mendapat rawatan awal oleh EMRS. Gambar SNT/Ehsan Bomba

TUARAN: Seorang lelaki berjaya dikeluarkan oleh orang awam setelah pengsan dan terkunci di dalam kereta di hadapan Pusat Dialisis Nobel awal pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Sailin Jun berkata mangsa berumur 42 tahun itu pengsan dan terkunci di dalam kenderaan jenis Viva.

“Kereta mangsa berjaya dibuka oleh orang awam sebelum ketibaan bomba ke lokasi.

“Mangsa seterusnya mendapat rawatan awal dari Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan hospital di lokasi kejadian.

“Seterusnya, mangsa dikejarkan ke hospital menaiki kenderaan ambulans untuk mendapat rawatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Sementara itu, Sailin berkata BBP Tuaran menerima penggilan kecemasan tersebut pada pukul 6.31 pagi seterusnya menggegaskan seramai tujuh orang anggota bersamanya ke lokasi kejadian.

Tambahnya operasi berkenaan ditamatkan pada pukul 7.02 pagi. -SabahNewsToday

Artikel Asal : https://www.sabahnewstoday.com/lelaki-pengsan-dalam-viva-dikeluarkan-orang-awam/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *