Bayi ditanam hidup-hidup sangka dirasuk

Ibu bapa bayi (tengah) ditahan polis selepas menanam bayi mereka. – FOTO/AGENSI

New Delhi: Seorang bayi berusia tiga minggu ditemui selamat biarpun selepas beberapa jam ditanam hidup-hidup dipercayai dilakukan ahli keluarga yang percaya kononnya bayi itu dirasuk.

Daily Mail melaporkan, kejadian di Uttar Pradesh, India itu disedari oleh penduduk kampung yang terdengar suara tangisan bayi malang terbabit pada petang Jumaat lalu selepas ditanam berhampiran sebuah kolam.

Salah seorang penduduk kemudiannya mencari arah suara tangisan itu sebelum menemui bayi terbabit dan mengeluarkannya dalam keadaan masih hidup.

Bayi itu segera dihantar ke hospital dan disahkan berada dalam keadaan stabil.

Polis yang menyiasat kejadian itu mendapati ibu bapa bayi terbabit yang berusia 30 tahun dan 28 tahun menanam bayi mereka dengan bantuan dua lagi ahli keluarga disebabkan percaya dengan dakwaan bomoh bahawa anak mereka dirasuk.

Polis berkata, mereka menahan empat daripada mereka termasuk bomoh terbabit namun ibunya berjaya melarikan diri.

“Mangsa ditanam hidup-hidup oleh ibu saudaranya sendiri kerana disuruh oleh kedua ibu bapa bayi terbabit,” kata jurucakap polis, Subhash Chandra Shakya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *