Wanita Cedera Di Bahagian Kepala Dihempap Muatan Lori

Gambar Facebook Pages #BESTAWAUfm

TAWAU – 22 JANUARI 2019 (Selasa) – Seorang pemandu wanita mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas kenderaan dipandu mangsa dihempap muatan lori trailer di Tanjung Batu Laut, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, kejadian berlaku ketika lori terbabit sedang dalam perjalanan dari Pelabuhan Tawau menuju ke Pengkalan Hup Seng manakala motokar jenis Perodua Alza dipandu mangsa dalam perjalanan dari arah Tanjung Batu menghala ke bandar Tawau.

Katanya, semasa tiba di tempat kejadian, muatan besi yang dibawa lori terbabit secara tiba-tiba jatuh dan menghempap bahagian hadapan kenderaan mangsa, mangsa telah cuba mengelak lalu terbabas ke kiri jalan.

Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala, manakala kenderaan mangsa mengalami kerosakan teruk.

Siasatan awal mendapati kejadian berpunca dari kecuaian pemandu lori trailer terbabit tidak menguruskan muatan dengan baik sehingga menyebabkan muatan terjatuh.

Siasatan berkaitan kemalangan tersebut masih diteruskan dan Kes disiasat dibawah Rule 10LN 166/59.

Sumber : Facebook Pages #BESTAWAUfm

Gambar Facebook Pages #BESTAWAUfm
Gambar Facebook Pages #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *