Seorang Wanita Antara Ditahan Bersama Syabu Dan Pil Estacy Di Tawau

TAWAU, 22 Januari 2019 – Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang wanita dipercayai tokan dadah serta merampas beberapa biji pil disyaki dadah, syabu dan serbuk yang disyaki untuk memproses dadah.

Gambar Facebook Polis Daerah Tawau

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Bin Hj. Marsus berkata, hasil siasatan kira-kira jam 1.00 pagi Polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) menjalankan tugas ronda cegah jenayah di kawasan tanggungjawab telah menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mencurigakan keluar dari perkampungan Hidayat Batu 4 Jalan Apas menghala ke Jalan Tiku, Tawau, kemarin.

Katanya, semasa Polis menjalankan pemeriksaan terdapat tiga orang lelaki dan seorang wanita berada di dalam kenderaan tersebut dan mendapati cukai jalan tamat tempoh.

“Pemeriksaan lanjut pada kenderaan tersebut, Polis menjumpai 1 kotak rokok seludup yang diletakkan di bawah tempat duduk kiri penumpang hadapan kenderaan berkenaan dan apabila dibuka terdapat 1 paket plastik lutsinar di dalamnya mengandungi hablur kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat 0.3 gram yang di simpan dalam kotak rokok berkenaan serta 1 botol kecil di dalamnya terdapat pil berwarna merah muda sebanyak 24 biji dan pil berwarna kuning sebanyak 23 biji disyaki dadah jenis estacy dan 2 paket plastik kecil berwarna putih dan ungu muda disyaki cecair dadah jenis syabu,” katanya.

Kesemua suspek lingkungan antara 23 hingga 43 tahun dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut.

Hasil pemeriksaan ujian air kencing mendapati tiga daripadanya positif dadah jenis methamphetamine dan siasatan lanjut mendapati salah seorang dari suspek berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau dan dikehendaki Polis, katanya.

Beliau mengulas kesemua suspek masih dalam siasatan dan kes disiasat dibawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, Polis mengalu-alukan maklumat berkaitan jenayah dan dadah daripada orang ramai dan dapat disalurkan di balai-balai Polis berhampiran, talian hotline PDRM Tawau 089-772121 atau melalui Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

Gambar Facebook Polis Daerah Tawau
Gambar Facebook Polis Daerah Tawau
Gambar Facebook Polis Daerah Tawau
Gambar Facebook Polis Daerah Tawau
Gambar Facebook Polis Daerah Tawau
Gambar Facebook Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *