Seorang lelaki membeli ‘syabu’ yang didapati palsu, kemudian dia membuat laporan polis

Di China terdapat pelbagai benda dan barangan yang boleh dipalsukan termasuk dadah yang haram. Salah seorang yang telah terkena dan tertipu ketika membeli dadah ialah seorang lelaki bernama Wang Nan dari Bandar Lianyungang, Wilayah Jiangsu.

Pada 15 Januari, Wang Nan telah membeli dadah jenis syabu daripada seorang lelaki bernama Zhou. Dengan tidak disangka, ketika mahu menggunakannya, syabu itu didapati palsu kerana Zhou telah menggantikannya dengan sebungkus gula batu.

Oleh kerana Wang Nan berasa sakit hati kerana telah ditipu dan untuk mendapatkan wangnya kembali, Wang Nan telah membuat laporan polis di balai polis berdekatan. Apabila pihak polis menyoalnya mengenai dadah syabu itu, Wang Nan telah mengaku yang dia telah mengambil dadah dan akhirnya dia ditahan.

Kwong Wah

Ketika ditahan dan membuat laporan polis, Wang Nan secara jujur telah mendedahkan yang dia telah membeli 1.59 gram syabu daripada seorang pengedar dadah bernama Zhou pada 15 Januari dengan harga 1400 yuan (kira-kira RM800). Selepas mendapat bekalan itu, Wang Nan membawa ‘syabu’nya ke rumah untuk dihisap, tetapi dia berasa lain. Didapati objek keras berwarna putih gula itu adalah gula batu. Wang menjadi sangat marah dan mahukan wangnya kembali.

Shihua Daily

Pihak polis kemudian memeriksa dan menimbang ‘syabu’ itu yang berada di tangan Wang Nan, dan ternyata keterangan Wang Nan adalah benar bahawa dadah yang dibelinya adalah palsu kerana ia hanya terdiri daripada bungkusan gula batu.

Oleh kerana Wang Nan tidak berselindung dan terus mengaku bahawa dia adalah penagih dadah dan pernah memiliki dadah, maka dia telah ditahan oleh pihak polis. Dan tidak lama kemudian, oleh kerana Wang Nan memberi petunjuk mengenai pengedar dadah bernama Zhou, maka Zhou juga telah ditangkap dan ditahan polis.

Sumber : Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *