Lelaki Cedera Patah Kaki, Dua Lori Bertembung

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm

SEMPORNA; 21 JANUARI 2019 (Isnin) – Seorang lelaki cedera patah kaki selepas lori tiga tan membawa muatan minuman yang dinaiki telah bertembung dengan sebuah lori trailer di Jalan SMK Abdullah Semporna, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata lelaki berusia 28 itu telah dikejarkan ke hospital Semporna selepas berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba Dan Penyelamat Semporna akibat tersepit di lori berkenaan.

Menurut kenyataan, BBP Semporna merima panggilan kecemasan pada pukul 9.40 pagi berhubung kemalangan tersebut dan seterusnya bergegas respon ke tempat kejadian sejauh 3 KM menggunakan dua buah jentera yang diketuai PBK II Rosman Gari bersama tujuh orang anggota.

Difahamkan, terdapat lima mangsa lain daripada kedua-dua lori berkenaan namun tidak mengalami sebarang kecederaan sementara operasi ditamatkan pukul 10.14 pagi.

Sumber : Facebook Pages BES TAWAUfm

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm
Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm
Gambar Facebook Pages BES TAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *