12 PTI, 2 Positif Dadah Ditahan Dalam Ops Cegah Jenayah Di Sekitar Kota Kinabalu

Gambar Facebok Polis Kota Kinabalu

KOTA KINABALU : Seramai 72 orang telah diperiksa dan berjaya menangkap 14 orang (12 orang PTI/ tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan 2 orang positif ujian urin mengandungi dadah didalam satu Operasi Cegah Jenayah IPD Kota Kinabalu yang telah dibuat sejak petang kelmarin (4.30 petang 19 Januari 2019 hingga 2.30 pagi, 20 Januari 2019). Operasi Bersepadu Mencegah Jenayah IPD Kota Kinabalu kali yang ke-3 pada tahun ini.

Operasi telah dijalankan di 6 lokasi dalam sekitar Daerah Kota Kinabalu antaranya Likas, Alam Mesra, Sembulan, Inanam dan Manggatal telah memakan masa selama 10 jam dengan dibantu daripada agensi, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, APM, RELA & DBKK.

Tumpuan lokasi operasi yang jalankan adalah kawasan Bandaraya yang mana kadar pertumbuhan pendatang tanpa izin (PATI) yang mengundang kepada kegiatan jenayah di Daerah Kota Kinabalu. Anggaran umur tangkapan adalah dalam lingkungan 16 tahun hingga 48 tahun.

Tangkapan PTI akan disiasat dibawah Sek. 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta tangkapan kes jenayah Narkotik disiasat dibawah Sek. 15(1)(a) ADB (2 orang).

OPERASI INI AKAN BERTERUSAN untuk pada masa akan datang. Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada balai polis berhampiran atau melalui medium media sosial seperti FB Polis Kota Kinabalu ini, dalam usaha untuk membenteras jenayah, PATI, dadah dan gejala sosial negatif di Daerah Kota Kinabalu.

“Polis & Masyarakat, Berpisah Tiada.”

“Keselamatan & Kesejateraan, Keutamaan Kami.”

ACP. HABIBI BIN HJ. MAJINJI.
KPD KOTA KINABALU.

SUMBER : FACEBOOK POLIS KOTA KINABALU

Gambar Facebok Polis Kota Kinabalu
Gambar Facebok Polis Kota Kinabalu
Gambar Facebok Polis Kota Kinabalu
Gambar Facebok Polis Kota Kinabalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *