Wanita kantoi sembunyi 24 ekor ‘gerbil’ di kaki

Seorang wanita ditahan di pelabuhan Taiwan selepas dilhat berjalan dengan gaya pelik. – Foto Agensi

TAIPEI: Disebabkan berjalan dengan gaya pelik, seorang wanita yang baru pulang daripada melawat China ditahan di pelabuhan Taiwan di Pulau Kinmen di sini, sekali gus membongkarkan rahsia pada kakinya.

Pegawai pengawal pantai cuba menyoalnya sebelum mendapati wanita Taiwan itu menyembunyikan 24 gerbil – haiwan seakan hamster – yang diikat pada kakinya.

Gerbil itu dibungkus di dalam karung kecil sebelum setiap seekor diikat pada kaki dan ditutupi dengan skirt wanita itu.

Menurut The Mirror, wanita itu mengaku membeli 24 gerbil berkenaan dan menyeludupnya untuk rakannya, di sini.

Namun pihak berkuasa percaya dia dihantar sindiket penyeludupan untuk menguji prosedur pemeriksaan di pelabuhan Taiwan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *