Ibu Di Kota Marudu, Bapa Balik Filipina, Pelajar Ini Tinggal Sendiri Di Pondok Usang

TAWAU : Seorang pelajar lelaki terpaksa tinggal di sebuah pondok usang selepas ditinggal oleh kedua ibu bapanya yang masing-masing beragama Islam dan Kristian.

Menurut Cikgu Arbin yang berkongsi kisah sedih pelajar tingkatan 3 tersebut, remaja bernama Alvin Sofian itu merupakan salah seorang pelajarnya.

Pelajar ditinggal ibu bapa. Menurutnya Alvin telah ditinggalkan oleh ibu bapa. Ibunya berada di Kota Marudu manakala bapanya sudah pulang ke Filipina.

Ibunya berbangsa Murut dan beragama Islam manakala bapa berbangsa Filipina beragama Kristian.

Sejak ibu dan bapanya berpisah pada awalnya Alvin dipelihara oleh ibu, namun disebabkan ibu mempunyai penyakit dan tidak mampu menjaganya lagi, dia diserahkan kepada makciknya (kakak kepada bapanya) yang berkahwin dengan seorang tauke Cina beragama Kristian.

Alvin mengaku sebagai seorang Islam kerana ibunya beragama islam. Sejak tahun lalu Alvin berpindah ke sekolah SMK Kalabakan, dia telah diberikan sebuah pondok usang untuk berteduh.

Jika mahu makan, Alvin akan pergi ke rumah suami makciknya. Bagi menampung keperluan hidup pula, dia terpaksa bekerja di sebelah pagi atau petang di ladang kelapa sawit dengan pendapatan RM80 setan menombak buah sawit.

Sumber Gambar : Facebook Kahar Huseng
Sumber Gambar : Facebook Kahar Huseng
Sumber Gambar : Facebook Kahar Huseng
Sumber Gambar : Facebook Kahar Huseng
Sumber Gambar : Facebook Kahar Huseng
Sumber Gambar : Facebook Kahar Huseng
Sumber Gambar : Facebook Kahar Huseng
Sumber Gambar : Facebook Kahar Huseng

Hari ini beliau turun padang membantu seorang muridnya yang hidup dalam kedaifan. Kisah nya seperti mesej yang dikirimkan kepada saya oleh Tuan Hj Arbin seperti di bawah ini.
___________________________________________
Assalam… Kisah menyayat hati kehidupan seorang pelajarku…Setahun tinggal seorang diri di pondok usang. Pagi tadi saya ke pondok usangnya. Nama pelajar ini A. Sopian pelajar tingkatan tiga telah ditinggallkan ibu bapa. Ibu di Kota Marudu dan bapa balik ke Filipina. Ibu bangsa Murut dan bapa berbangsa filipin. Sejak ibu bapa berpisah, dia dijaga oleh ibunya. Oleh kerana ibunya ada penyakit dan tidak mampu menjaga dia diserahkan kepada makciknya (kakak bapanya).

Pada tahun lalu berpindah ke sekolah saya dia diberikan sebuah rumah (pondok usang) untuk berteduh. Bila makan dia akan naik ke rumah suami makciknya. Bagi menampung hidupnya dia terpaksa bekerja di sebelah pagi / petang di ladang kelapa sawit dgn pendapatan RM80 se tan setelah menombak buah.

Begitulah rutin kehidupannya. Awal minggu lalu baru diberitahu selepas dia diambil oleh pekerja pembersihan sekolah untuk tinggal di rumahnya. Di dalam rumah tersebut ada 3 keluarga adik beradik. Setakat ini dia terpaksa bekerja di sebelah petang setelah sesi persekolahan untuk menyara hidupnya dan memberi sedikit wang membeli keperluan dapur kepada tuan rumah.

Jika boleh mungkin saya boleh buatkan bilik di bawah kolong rumah guru dlm sekolah. Saat ini keperluan mendesak untuk pelajar ini ialah seragam dan kelengkapan sekolah. 

Terimah Kasih Cikgu Arbin Setta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *