JPN terima 48 permohonan gantian dokumen pengenalan diri mangsa kebakaran melalui Mobile Ehsan

Penempatan sementara mangsa kebakaran di Kampung Pasir Putih, Putata

KOTA KINABALU, 16 JanĀ  – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah melalui program Mobile Ehsan telah menerima 48 permohonan penggantian dokumen pengenalan diri daripada mangsa yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Pasir Putih Putatan, dekat sini baru-baru ini.

Pengarah JPN Sabah, Datuk Ismail Ahmad berkata 37 permohonan yang diterima adalah Cabutan Sijil Lahir atau permohonan untuk mendapatkan salinan daftar kelahiran dan tujuh mangsa lagi membuat permohonan Gantian Kad Pengenalan.

“Kita juga menerima permohonan gantian Mykid iaitu tiga orang dan satu permohonan untuk gantian Mykad Orang Kurang Upaya. Kesemua permohonan itu kita terima semasa program Mobile Ehsan di lokasi kebakaran berkenaan Isnin lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa yang belum melakukan penggantian dokumen pengenalan diri boleh datang ke pejabat JPN terdekat untuk berbuat demikian.

Dalam kebakaran kira-kira 12.35 tengah hari Sabtu lepas telah memusnahkan 55 buah rumah melibatkan 315 penghuni daripada 74 keluarga.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *