ESSCOM kekal, tidak dibubarkan

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah menafikan wujud cadangan untuk membubarkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, agensi yang ditugaskan menyelaras usaha menjaga keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) merangkumi 10 daerah masih beroperasi seperti biasa.

“Saya tak dengar apa-apa cadangan (membubarkan ESSCOM). Ia masih lagi berfungsi,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas di Kota Kinabalu, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Hashim Paijan, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mamah dan Komander ESSCOM Datuk Hazani Ghazali. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *