Kes tebusan: Suspek ditembak mati, budak perempuan berjaya diselamatkan

KOTA KINABALU: Seorang budak perempuan berusia dua tahun berjaya diselamatkan daripada menjadi tebusan seorang lelaki yang kemudiannya ditembak mati selepas pergelutan berlangsung selama lima jam pada Ahad.

Budak yang belum dikenal pasti itu telah dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, budak perempuan itu mengalami kecederaan pada lehernya, tetapi percaya bahawa keadaan mangsa akan bertambah pulih.ADVERTISING

Katanya, suspek yang tidak dikenali itu melepaskan kanak-kanak itu ke tanah selepas dia ditembak mati oleh polis di sebuah flat empat tingkat di pangsapuri Telipok Ria, Tuaran kira-kira 25 kilometer dari sini pada pukul 5.32 petang.

Omar berkata, suspek tidak membuat sebarang tuntutan ketika menahan manngsa. Pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian itu mula berlaku sejak pukul 12.30 tengah hari.

Penduduk menghubungi pihak polis kira-kira pukul 4 petang, kata beliau.

Tambahnya, suspek memegang pisau dan menyambar seorang budak yang sedang bermain dengan anak patung di koridor tingkat empat pangsapuri tersebut.

Dia kemudian memasuki sebuah rumah di mana seorang warga emas lelaki sedang menunaikan solat zohor di dalam biliknya.

Suspek dirakam ketika mendukung mangsa untuk dijadikan tebusan.

Suspek memberitahu lelaki itu supaya tidak keluar, dan kemudian duduk di ruang tamu dengan budak perempuan itu.

Penduduk kemudian memecah pintu utama rumah tersebut dan lelaki itu terus mengancam budak perempuan itu dan dipercayai telah mencederakan leher mangsa.

Apabila polis tiba di tempat kejadian, suspek enggan bercakap dan dia mengancam untuk membuang kanak-kanak malang itu keluar dari tingkap dapur.

Polis memutuskan untuk menembak suspek berusia 30-an terbabit ketika itu, katanya.

Beliau berkata mereka masih belum memperoleh latar belakang suspek dan percaya bahawa dia tidak waras atau di bawah pengaruh dadah. – The Star

Suspek ditembak mati ketika cuba menghumban kanak-kanak itu dari jendela dapur. Gambar SNT/Sumber media sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *