Kanak-Kanak Dijadikan Tebusan Di Telipok Dalam Keadaan Stabil – DR Tan

Kanak-kanak yang diselamatkan itu dibawa ke ambulan untuk dihantar ke hospital. Gambar sumber media sosial

KOTA KINABALU, 13 Jan Kanak-kanak perempuan yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki di sebuah apartmen, dekat Telipok, petang tadi, berada dalam keadaan stabil.

Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas Dr Tan Bee Hwai berkata kanak-kanak perempuan berkenaan kini sedang menjalani rawatan pakar.

“Kanak-kanak tersebut dalam keadaan stabil dan sedang dalam rawatan pakar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Dalam insiden petang tadi, polis berjaya menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu selepas menembak mati suspek dengan beberapa das tembakan di lokasi kejadian.

Kanak-kanak perempuan itu kemudian di hantar ke hospital berkenaan menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *