25 tong gas tak sempat diseludup ke Filipina

Pasukan Polis Marin (PPM) patahkan cubaan seludup keluar 25 tong gas petroleum cecair (LPG) di kawasan perairan Sum-sum, Semporna. – Foto ihsan PPM

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) mematahkan cubaan seorang lelaki menyeludup keluar 25 tong gas cecair petroleum (LPG) di kawasan perairan Sum- Sum dekat sini, petang semalam.

Lelaki tempatan berumur 25 tahun itu yang menggunakan sebuah bot pam dikesan dalam keadaan mencurigakan di kawasan perairan berkenaan, kira-kira jam 12.50 tengah hari.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah,Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali, berkata pemeriksaan mendapati bot itu membawa 25 unit tong gas LPG jenama Petronas, disyaki cuba diseludup keluar ke Filipina.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen sah atau surat kebenaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membawa keluar barangan kawalan.

“Suspek ditahan, manakala rampasan dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

“Nilai rampasan dianggarkan RM15,550 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Foto Ihsan PPM
Foto Ihsan PPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *