Kerajaan Sabah teliti cadangan jadikan Sapulut daerah kecil

PENSIANGAN, 12 Jan – Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan negeri Sabah akan meneliti cadangan untuk menjadikan Sapulut sebagai sebuah lagi daerah kecil di negeri ini.

Beliau berkata pihaknya akan melihat perincian berkaitan secara mendalam dengan mengambil kira pelbagai aspek serta kapasiti dan kerangka yang berkepentingan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pesta Ilau Panawari, di Sapulut, dekat sini, hari ini.

Sapulut adalah sebuah pekan kecil yang terletak kira-kira 110km dari pekan Keningau dan majoriti penduduk di kawasan berkenaan adalah daripada suku kaum Murut.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *