‘Nak merajuk sangat, ayah seret’

WASHINGTON: Seorang bapa dirakam menyeret anak perempuannya menggunakan hud baju dipakai tidak ubah seperti bagasi kecil apabila kanak-kanak itu merajuk dan enggan berjalan selepas mereka turun pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles.

Seorang bapa mengheret anaknya yang enggan berjalan. – Foto/Agensi

Video lucu itu dirakam pada hari Tahun Baru di Dulles, Virginia, oleh seorang pengunjung lapangan terbang itu yang menunggu ketibaan teman wanitanya.

“Saya menunggu teman wanita di lapangan terbang apabila melihat bapa ini menyeret anak perempuannya menggunakan hud jaket dipakai.

“Budak itu tidak menjerit atau menangis, sebaliknya membiarkan saja perbuatan bapanya.

“Pada masa sama, seorang lagi budak perempuan, mungkin adiknya, mengekori mereka kira-kira enam meter di belakang kerana malu,” kata perakam berkenaan.ADVERTISING

Video itu menunjukkan lelaki terbabit selamba menyeret anaknya itu manakala sebelah lagi tangan membawa beg pakaian.

Kanak-kanak berkenaan nampak rileks dengan kedua-dua tangannya diletakkan atas riba tanpa memprotes apa dilakukan bapanya itu. Adiknya yang mengekor jauh di belakang mereka pula dilihat membawa dua beg galas serta mengheret beg kecil.

Tidak jelas daripada video itu sama ada kanak-kanak terbabit tidur atau terjaga, namun dia langsung tidak bergerak sepanjang rakaman berkenaan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *