Wanita Maut, Kereta Ditembusi Besi Penghadang Di Papar

PAPAR: Wanita berusia 60 tahun maut manakala suami dan cucunya berusia setahun cedera apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan ditembusi besi penghadang dalam kemalangan di kilometer 24 Jalan Lama Papar, pagi tadi.

Foto Hello Urang Sabah

Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya berusia 66 tahun dan cucu perempuannya cedera dan dirawat di Unit Kecemasan Hospital Papar.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama cucunya menaiki kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu suaminya dalam perjalanan dari arah Kinarut menuju ke Papar.

Sebaik tiba di lokasi kemalanhan, pemandu Perodua Kancil itu cuba mengelak daripada sebuah kenderaan pacuan empat roda yang sedang memotong dari arah bertentangan sehingga Perodua Kancil itu terbabas ke tepi jalan dan bergesel dengan besi penghadang di kiri jalan lalu melanggar hujung besi sehingga menembusi cermin depan.
Sumber : Hello Urang Sabah

Foto Hello Urang Sabah
Foto Hello Urang Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *