Kanak-kanak maut lemas di kolam kumbahan minyak sawit

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut disyaki lemas di kolam kumbahan minyak sawit di Ladang Seberang Silabukan, Tungku, pada Khamis.

LOKASI kanak-kanak itu ditemui.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansur berkata mangsa yang tinggal bersama neneknya sejak 20 Disember 2018 menghabiskan cuti sekolah telah keluar dari rumah kira-kira jam 2.00 petang.

Katanya, pengadu yang menemui mangsa kira-kira jam 6.00 petang telah menghubungi ibu kanak-kanak tersebut jam 6.30 petang.

“Pengadu tersebut juga telah membawa mangsa ke Hospital Lahad Datu dan disahkan meninggal dunia.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah atau khianat dan kes ini menunjukkan mangsa mati mengejut,” katanya dalam kenyataannya di sini, pada Ahad.– UtusanBorneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *