Jawatankuasa Khas Dicadang Bagi Mengkaji Yuran Sekolah – Datuk Osman Jamal

Beliau berkata demikian ditemui selepas merasmikan Kejohanan Merentas Desa SMK Jalan Apas Tawau.

TAWAU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Osman Jamal mencadangkan pewujudan Jawatankuasa Khas mengkaji yuran sekolah secara menyeluruh.

Katanya, perkara itu penting bagi melihat samada yuran yang dikenakan ke atas pelajar itu relevan dan tidak lagi menjadi isu setiap tahun yang dikatakan membebankan ibubapa. Selain itu, yuran sekolah juga perlu diselaraskan atau dikurangkan untuk semua sekolah samada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata demikian ditemui selepas merasmikan Kejohanan Merentas Desa SMK Jalan Apas Tawau.

Jelasnya, sebagai permulaan jawatankuasa itu akan dilaksanakan di sekolah-sekolah DUN Balung sebelum diperluaskan dan dibawa ke peringkat Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Negeri.

Terdahulu dalam ucapannya, Datuk Osman berkata, kejohanan itu wajar melibatkan pelajar secara aktif bukan sahaja sebagai latihan fizikal tetapi juga sebagai latihan persiapan mental dan spiritual. Ini kerana daya persaingan yang kuat dalam kalangan pelajar akan dapat memupuk semangat kesukanan yang tinggi sekaligus mampu mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan bidang kokurikulum.

Pada majlis itu beliau turut mengumumkan peruntukan sejumlah 20-ribu ringgit untuk pembinaan ruang mempamerkan legasi kecemerlangan dan pencapaian sekolah selain menjadikan sekolah tersebut sebagai sekolah angkat DUN Balung.

Turut hadir Pengetua SMK Jalan Apas Fauziah Hj Jalau.

Sumber : Facebook Pages #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *