Pembantu ahli politik berkuasa di Sabah ancam saya, kata ahli perniagaan

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan Sabah mendakwa dia diancam seorang pembantu kepada seorang ahli politik pemerintah yang berkuasa di negeri itu, selepas meminta bayaran untuk menaikkan papan iklan di serata negeri untuk mempromosi ketua menteri.

Surat yang dihantar kepada Lau meminta dia menyediakan papan iklan yang memaparkan ketua menteri.

Lelaki itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Lau, berkata dia berbelanja hampir RM10,000 untuk menaikkan papan iklan tertera ucapan sempena 4 perayaan sejak Mei tahun lepas.

“Saya hanya seorang warganegara biasa yang bekerja mencari nafkah. Mengapa orang-orang ini perlu ‘hukum’ saya?” katanya.

FMT tidak akan menamakan pembantu ahli politik itu sehingga mendapat respon.

Lau berkata lelaki itu mungkin akan sekali lagi memaksanya menyediakan papan iklan sempena Tahun Baru Cina dan Hari Easter.

Lau berkata dia akan cuba membawa isu ini ke perhatian Datuk Seri Shafie Apdal. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *