Polis Marin Tawau Rampas Rokok Seludup Bernilai RM128,500.00

Foto Facebook Pasukan Polis Marin

TAWAU, 31 Disember 2018 – Pasukan Polis Marin Tawau yang diketuai Insp Mohd Sofian Ag. Damit bertempat di kawasan Batu 3 Jalan Apas, Tawau dengan berpandukan maklumat Unit Risikan Marin semasa dalam tugas Ops Gelora Khas telah ternampak sebuah lori yang sedang berhenti di kawasan tempat letak kereta dekat perumahan atas air Batu 3 Jalan Apas, Tawau pada jam 30/12/2018 jam 10.30 malam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, ACP Hj Mohamad Pajeri Bin Ali, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah berkata, ‘ Semasa sampai di kawasan tersebut, pasukan kami telah melihat beberapa orang sedang memunggah barang-barang berupa bungkusan plastik hitam ke dalam sebuah lori. Apabila dihampiri sambil memperkenalkan diri sebagai Polis dan menyuluh menggunakan lampu suluh ke dalam lori tersebut, kesemua lelaki tersebut melarikan diri ke arah perumahan kampung atas air. Saspek cuba dikejar dan mereka tidak dapat dikesan dan menghilangkan diri. Seterusnya pemeriksaan dijalankan didapati ada sebuah lori jenis Isuzu dalam keadaan injin yang masih hidup.

Beliau menambah, hasil pemeriksaan dijalankan di bahagian dalam ruang belakang lori tersebut telah menjumpai beberapa barang berupa bungkusan plastik hitam. Pemeriksaan lanjut di dalam bungkusan plastik tersebut mengandungi rokok jenama Premium sebanyak 10,000 bungkus. Rokok-rokok ini disyaki diseludup dari negara jiran Indonesia untuk pasaran di Tawau. Rokok-rokok tersebut dianggarkan berjumlah RM128,500.00 manakala nilai lori tersebut dianggarkan RM20,000.00.

Menurut ACP Hj Mohamad Pajeri lagi, setelah pemerhatian dan pemantauan dilakukan di sekitar kawasan tersebut tiada tuan punya kenderaan atau barang-barang tersebut datang di lokasi berkenaan. Kenderaan dan rokok-rokok tersebut dibawa balik ke pangkalan Pasukan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Sumber : Facebook Pasukan Polis Marin

Foto Facebook Pasukan Polis Marin
Foto Facebook Pasukan Polis Marin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *