TUARAN: Dua orang wanita mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya di Kampung Puhus Jalan Tamparuli, tengah hari tadi.
Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Azran Jul berkata kemalangan tersebut disebabkan pertembungan dua buah kenderaan antara sebuah lori dan Perodua Viva.
“Dua orang mangsa berumur 29 dan 32 tahun berkenaan adalah pemandu dan penumpang Perodua Viva berkenaan.
“Kedua-dua mangsa dikeluarkan oleh pasukan bomba dan rawatan awal diberikan dilokasi oleh Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital Tuaran.
“Namun, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Dalam insiden tersebut, katanya pasukan bomba turut bertindak melakukan pemeriksaan bagi memastikan di lokasi selamat daripada sebarang bahaya.
Sementara itu, Azran menambah BBP Tuaran yang diketuai olehnya menggegaskan seramai sembilan orang anggota bersamanya ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 12.45 tengah hari.
Katanya operasi berkenaan tamat pada pukul 1.20 petang. -SabahNewsToday