4 maut, ribuan berpindah ribut di Filipina

MANILA: Empat orang terbunuh akibat tanah runtuh sementara ribuan mangsa lain terpaksa berpindah, hari ini, selepas ribut melanda tengah Filipina, menurut pihak berkuasa.

Penduduk meredah banjir yang melanda bandar Bulan, di wilayah Sorsogon, Filipina. – Foto EPA

Tiga ahli sebuah keluarga tertimbus dalam tanah runtuh di bandar Legazpi, tenggara Manila, sementara seorang wanita tertimbus dalam insiden tanah runtuh lain di kawasan bulan, kata pejabat pertahanan awam.

Hampir 12,000 penduduk terpaksa dipindahkan daripada rumah mereka di wilayah Bicol, selepas ribut ‘Usman’ melanda timur negara itu, hari ini, kata pihak berkuasa.

Gangguan cuaca tekanan rendah itu menyebabkan kelajuan angin selaju 65 kilometer sejam, ia bergerak ke arah barat merentasi kepulauan tengah pada kelajuan 10 kilometer sejam dan dijangka tiba di Laut China Selatan menjelang esok, kata stesen cuaca.

Walaupun angin Usman tidak begitu kuat, ia masih membawa hujan lebat yang menyebabkan tanah runtuh dan banjir di kawasan laluannya, kata pejabat pertahanan awam. – AFP

Penduduk meredah banjir yang melanda bandar Bulan, di wilayah Sorsogon, Filipina.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *