Wanita kena jel ‘cabul’ monyet

KAHERAH: Sebuah mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun ke atas seorang wanita berusia 25 tahun kerana melakukan ‘gangguan seksual’ terhadap seekor monyet di Nile Delta, utara ibu negara Mesir.

Kemaluan monyet disentu Basma.

Menurut sumber perundangan memberitahu akhbar Al-Ahram, mahkamah bandar Mansoura mendakwa Basma Ahmed kerana ‘melakukan perkara tidak senonoh’ dan ‘melakukan perbuatan lucah di khalayak ramai’.

Dia ditahan pada Oktober lalu selepas rakaman video berdurasi 90 saat menjadi tular di laman sosial.

Video itu menunjukkan Basma ketawa sambil menyentuh kemaluan monyet itu di sebuah kedai menjual haiwan di bandar Nile Delta dan membuat sindiran berbaur lucah terhadap orang di sekelilingnya.

Semasa di mahkamah, dia ‘mengaku melakukan kesalahan itu, tetapi tidak bermaksud melakukan dengan sengaja selain hanya menggeletek haiwan itu.

Video itu mencetuskan kecaman natizen di laman sosial. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *