PPM Kudat rampas rokok seludup pelbagai jenama

KUDAT, 29 Dis – Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat berjaya merampas sebanyak 5,480 bungkus rokok pelbagai jenama dipercayai diseludup masuk ke sini dalam serbuan di kawasan Kampung Kanibongan Pitas, semalam.

Foto Ihsan PPM Kudat

Komander PPM Wilayah 4 ACP Mohamad Pajeri Ali berkata serbuan terhadap sebuah van putih pada jam 5.45 petang itu mendapati rokok berkenaan tidak berkastam.

“PPM menahan pemandu van yang juga seorang lelaki tempatan berumur 27 tahun dan turut merampas kenderaan itu” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata jumlah keseluruhan nilai rampasan termasuk sebuah van berjumlah RM305,800.00  dan juga rampasan melibatkan wang tunai bernilai RM15,155.00.

Beliau berkata antara jenama rokok itu termasuk era biru, era black,  era hijau, era click, premium gold, premium black, D&J black, D&J merah, D&J ice plus dan D&J biru double switch.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana dengan disedarinya melindungi, menyembunyi dan menyimpan apa-apa barang tidak berkastam atau barang larangan. 

-BERNAMA

Foto Ihsan PPM Kudat
Foto Ihsan PPM Kudat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *