Lapan Cedera, Satu Parah Dalam Kemalangan Jalanraya Di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Seorang lelaki cedera parah manakala, tujuh lagi mengalami cedera ringan dalam satu kemalangan awal pagi di hadapan Wisma Muis, Jalan Tunku Abdul Rahman tadi.

Keadaan kedua-dua kenderaan Proton Waja dan Toyota Hiace selepas pertembungan. Gambar Ehsan Bomba

Kesemua mangsa berumur dalam lingkungan 10 hingga 75 tahun.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Norkijan Durudin berkata kemalangan tersebut melibatkan dua buah kenderaan jenis Proton Waja dan Toyota Hiace.

“Terdapat 10 orang mangsa terlibat iaitu dua orang mangsa di Proton Waja dan lapan orang mangsa di Toyota Hiace yang mana enam orang mengalami kecederaan ringan dan 2 orang tidak mengalami sebarang kecederaan.

“(Namun) salah seorang mangsa daripada Proton Waja mengalami kecederaan parah.

“Kesemua mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan pegawai perubatan sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Satu menggunakan jentera EMRS dan Ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Sementara itu, Norkijan berkata Pusat Gerakan Operasi Sabah terima panggilan kecemasan pada pukul 5.48 pagi.

Dalam pada itu, jelasnya BBP Kota Kinabalu bergegas respon ke tempat kejadian dengan kekuatan seramai 11 orang anggota bersamanya.

Katanya operasi tamat pada pukul 6.50 pagi. -SabahNewsToday


Keadaan Toyota Hiace selepas pertembungan. Gambar Ehsan Bomba
Keadaan Proton Waja selepas pertembungan. Gambar Ehsan Bomba
Keadaan Proton Waja selepas pertembungan. Gambar Ehsan BombaBomba
KOTA KINABALU: Seorang lelaki cedera parah manakala, tujuh lagi mengalami cedera ringan dalam satu kemalangan awal pagi di hadapan Wisma Muis, Jalan Tunku Abdul Rahman tadi.
Kesemua mangsa berumur dalam lingkungan 10 hingga 75 tahun.
Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Norkijan Durudin berkata kemalangan tersebut melibatkan dua buah kenderaan jenis Proton Waja dan Toyota Hiace.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *